-->

  • Home
  • Tamadun Islam
  • Isu Semasa

Wednesday, 9 May 2012

Posts by : Admin

BERSIH 3.0 - 'Serah Diri Atau Diburu Di Rumah'




KUALA KUMPUR 9 Mei - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memberi tempoh selama tujuh hari bermula hari ini kepada individu yang gambar mereka disiarkan untuk membantu siasatan perhimpunan Bersih 3.0 sama ada menyerah diri atau akan diburu sehingga ke rumah masing-masing.

Peringatan itu dikeluarkan selepas polis berjaya mengenal pasti butir-butir peribadi individu berkenaan yang sebahagiannya dilaporkan oleh orang awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin menegaskan, polis telah memberi tempoh menyerah diri yang panjang kepada 141 individu termasuk 25 lagi yang terbaru dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, sehingga pukul 10.30 pagi ini hanya 12 orang yang menyerah diri atau ditahan dan daripada jumlah itu lapan individu telah didakwa manakala bakinya dibebaskan dengan jaminan dan 129 lagi individu masih dicari.

sumber
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini.Sila Like Dan Komen

0 Sila Komen Di Sini
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Posts by : Admin

Durian Runtuh Peneroka FELDA Dapat RM 15 Ribu Satu Keluarga




JERANTUT - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada para peneroka tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) malah untuk isteri dan anak mereka seta 19,000 orang warga kerja lembaga itu.

Durian runtuh untuk para peneroka itu berjumlah RM 1.689 bilion.

Ia bakal diagihkan kepada seramai 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Ketika mengumumkan berita mengembirakan itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda pada Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8 dekat sini, Najib berkata, Felda kini telah memasuki satu trasformasi baharu setelah penyenaraian FGVH.

Beliau berkata, pemberian durian runtuh dalam bentuk wang tunai itu akan dilakukan dalam tiga fasa.

Setiap fasa berjumlah RM5,000, masing-masing untuk ketua keluarga, isteri peneroka dan generasi kedua Felda. - KOSMO


rujukan
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini.Sila Like Dan Komen

0 Sila Komen Di Sini
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Posts by : Admin

IBU DERA BAYI


WANITA TERSEBUT SUDAH DITAHAN


Polis sudah mengambil tindakan ke atas wanita (gambar) yang didapati menumbuk, menampar serta menendang bayinya yang mula dimuatnaik di laman sosial facebokk, twitter selain disiarkan pengendali blog, tengah hari semalam.

Rakaman empat minit 19 saat itu memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis di katil sambil dirakam seorang wanita lain. Rakaman itu turut memaparkan tindakan wanita berkenaa yang menyepak kepala bayinya di depan beberapa kanak-kanak lain.

 


Polis Bukit Aman menerima lebih 500 aduan orang ramai yang kebanyakkannya kesal dengan tindakan wanita terbabit, selain prihatin dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya semalam, menjelaskan hasil pemeriksaan yang dijalankan, kes itu berlaku di Petaling Jaya pada 29 Mei tahun lalu dan wanita terbabit sudah ditahan pada hari yang sama.

Wanita terbabit kini menjalani hukuman penjara selama 19 bulan pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.



Difahamkan, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawap merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.

sumber
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini.Sila Like Dan Komen

0 Sila Komen Di Sini
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, 19 April 2012

Posts by : Admin


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini.Sila Like Dan Komen

0 Sila Komen Di Sini
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Posts by : Admin

Kenapa Suasana Maju Tidak Terjadi Di Alam Melayu


Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sajak abad ke-13 lagi? Cubalah bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan orang melayu terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.

Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai akademik itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.

Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad ke-13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.

A H Johns dalam eiseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan ini :

" Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memelihara penyatuan Masyarakat Islam diserah kepada ahli-ahli sufi, iaitu suatu perkembangan yang tertimbul daripada perhubungan yang rapat di antara kalangan sufi Sheikh serta pengikut-pengikutnya, semangat mubakigh sufi, dan asas popular pergerakan itu. Mazhab sufi semakin menjadi asas yang stabil dan berdisiplin dan sebahagiannya menyebar ke kawasan yang luas "

Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.

Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah Qadariyyah, Rifaiyyah, Syadiliyyah, Christiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyah

Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenia tariqat sahaja

Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam perndahuluan untuk bukunya, Tasawuf dan Satera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu. "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu

Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentaliti rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan masyarakat.

Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan menjalin keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan. Selain itu ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-lain terus dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan mengembangkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat setempat.

Samudera Pasai adalah tempat penulis kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu. Melaka juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan carita-cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.

Aceh memaparkan para sultan yang berminat kapada agama. Pusat pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat. Lahir disini pujangga Hamzah Fansurim, Samsudin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.

Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau. Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan agam dan kesusasteraan. Bandar Penyengat menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini.Sila Like Dan Komen

0 Sila Komen Di Sini
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Posts by : Admin

Perbezaan Antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat


Kehebatan tamadun islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik walaupun soal akhlak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam??
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini.Sila Like Dan Komen

0 Sila Komen Di Sini
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Posts by : Admin

Asal Usul




Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini.Sila Like Dan Komen

0 Sila Komen Di Sini
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Posts by : Admin

Tamadun Islam


Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini.Sila Like Dan Komen

0 Sila Komen Di Sini
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Posts by : Admin

Asal Usul Tamadun Islam


Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelammeluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini.Sila Like Dan Komen

0 Sila Komen Di Sini
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, 27 March 2012

Posts by : Admin

Apabila..





Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini.Sila Like Dan Komen

0 Sila Komen Di Sini
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, 26 March 2012

Posts by : Admin

ABC




abcdefghijklmnopqrstuvwxyz
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini.Sila Like Dan Komen

0 Sila Komen Di Sini
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
« Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)


P O S T

  • ▼  2012 (11)
    • ▼  May (3)
      • BERSIH 3.0 - 'Serah Diri Atau Diburu Di Rumah'
      • Durian Runtuh Peneroka FELDA Dapat RM 15 Ribu Satu...
      • IBU DERA BAYI
    • ►  April (6)
      • No title
      • Kenapa Suasana Maju Tidak Terjadi Di Alam Melayu
      • Perbezaan Antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat
      • Asal Usul
      • Tamadun Islam
      • Asal Usul Tamadun Islam
    • ►  March (2)
      • Apabila..
      • ABC
Powered by Blogger.

F O L L O W E R S

A B O U T

F A N P A G E

C H A T B O X

S T A T I S T I C

W O R L D

widget

W E A T H E R


widgets

......

......Banner
......
Design by Wp Templates.

Buy My Themes and Designed By TM.

Copyright (c) 2011 .
Powered by Blogger.